Kemanisan cinta Allah s.w.t dapat dirasai apabila seseorang insan mendapat keredhaan daripada Allah s.w.t . Kita akan mendapat nikmat disebalik kebaikan yang telah dilakukan dan diberinya pahala sepuluh kali ganda daripada amalannya. Carilah cinta Allah dan Rasul kerana cinta Allah s.w.t mempunyai nikmat yang tidak dapat dibandingkan dengan cinta manusia dan cinta Allah adalah bersifat azali dan tidak akan hilang ditelan zaman.
Jika kita tidak mempunyai tempat bergantung, kita janganlah mudah bersedih kerana kita masih ada tempat untuk bersujud iaitu kepada Allah s.w.t .Janganlah kita mencintai seseorang setinggi langit kerana langit boleh runtuh. Jangan cintai seseorang sedalam lautan kerana lautan boleh surut. Jangan cintai seseorang sebesar dunia kerana dunia boleh hancur.Cukuplah kita mencintai seseorang seujung kaki , walaupun kecil, walau dipotong, ia akan selalu tumbuh.
Cintailah Allah s.w.t dengan sepenuh jiwa raga kerana cinta Allah s.w.t adalah segala - galanya yang tidak dapat ditukar ganti. Dengan adanya cinta kepada Allah s.w.t di dalam hati seseorang manusia, maka seseorang itu tidak akan mudah berputus asa dan menerima segala takdir yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t. Semakin banyak dugaan atau cabaran yang diterima oleh seseorang insan yang bergelar manusia dan ia menghadapinya dengan penuh kesabaran akan mendapat penghormatan daripada Allah s.w.t di akhirat kelak.
Oleh itu, kita perlu sentiasa menjadi perindu kepada cinta Allah. Keyakinan kepada cinta Allah s.w.t adalah ibarat air kedamaian yang tidak pernah kering menjadikan seseorang muslim tetap sabar disaat mereka menghadapi kesusahan dan tetap sabar disaat mereka ketakutan. Inilah dikatakan seseorang insan itu telah mempunysi kemanisan iman dan cinta Allah s.w.t dan Rasul.

.jpg)


revlon titanium max edition |TiNX
ReplyDeleterevlon titanium max edition · $35.00; titanium wedding ring $26.00. Add titanium band ring to cart · Add to $29.00. black titanium wedding band Add to cart · Add to cart; Add to cart; Add to cart $35.00 titanium touring · In titanium gold stock